This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

Boleh ke ada crush?

Boleh ke ada crush?
Dengan nama Allah saya mula. Juga selawat ke atas arrasul saw.
Insyallah, kali ini, saya akan hurai isu “crush” yg makin lama, makin hangat di perkatakan. Sampai, ada orang dgn bangganya tulis kat twitter dan FBnya:
“Dear crush. I hope you know that I love you very much…”
“Rindunya crush saya….”
Atau, ada jg yg sembang sesama kawan-kawannya:
“Eh, crush kau apa cerita? Kau dah luahkan ke belum?hehe…”
Lalu di jawab:
“Aku malu la…takut-takut dia tak suka aku.Huhu…”
Dan banyak lagi contoh. Benda ni banyak berlaku di kalangan remaja sekolah, jg universiti. Persoalannya, apakah boleh kita bercrush-crush ni? Apakah hukumnya dari sudut agama? Lantaran, ramai yg keliru akan perkara ini, lantas merasakan benda yg salah itu benar, akibat terpedaya dgn movie-movie / drama cinta islamik yg akhirnya merosakkan mentality masyarakat secara tak sedar.
Awal-awal saya kata, ni bukan pendapat saya. Saya akan cedok kata-kata ulama’-ulama’ zaman dahulu kala yg pakar bab-bab HATI ni, seperti Ibn Qayyim, Imam Alghazali, dan lain-lain. So, tenangkan diri, baca dgn fikiran terbuka.
CRUSH TU APA?
Bila kita sebut crush, fenomena crush ni bukanlah setakat “cinta / meminati seseorang dlm diam dan pendam”. Kebiasaannya, orang yg ada crush ni takkan berhenti sampai sini. Kerana itu, apabila sebut crush, saya boleh definasikan sebagai:
“Meminati seseorang dlm diam, dan dia menyimpan hasrat untk meluahkan cintanya kepada orang yg dia cintai, sering mengingati orang yg dia cintai, sering memerhatinya, melihat wajah dan gambarnya, berfikir tentangnya, dan berhasrat agar orang yg dia cintai itu jg mencintainya…”
Kenapa saya definasikan “crush” dgn definasi di atas? Kerana, kebiasaannya, orang yg ada crush, orang yg ada meminati seseorang, dia akan melakukan perkara-perkara di atas. Jadi , berdasarkan definasi crush yg saya sebutkan di atas, maka hukumnya adlh DOSA.
Kenapa pulak dosa?!
Bukankah Allah suruh tundukkan pandangan? Kenapa kau sering memerhati crush kau? Bukankah melayani perasaan cinta itu dosa? Kenapau kau boleh fikir-fikir, bayangkan, menangis dan sering teringatkan crush kau?
Adapun, jika kita hanya suka seseorang dgn tiba-tiba akibat TERpandang(sila baca perkaraan TER tu 20 kali), dan kita rasa tertarik, dan kita usaha untk tepis perasaan tersebut, maka tiada masalah. Saya pun pernah terpandang seseorang, lepas tu rasa lain macam dlm hati. Tapi, saya takde lah layan. FB dia saya tak friend, twitter dia saya tak follow, instagrampun saya tak follow, dan saya malas fikir pasal dia. Tak sampai seminggu, perasaan tu dah hilang dah.
Ingat, perasaan suka berlainan jantina tu normal. LAYAN tu, tak normal. Tu tanda hati rosak.
CINTA YANG ALLAH REDHA?
Banyak yg nak redha Allah dlm percintaan. Tapi malangnya, apa yg dia buat adlh mencari cinta sebelum nikah. Minat laki ni, minat perempuan tu. Adakah Allah redha? Apakah cinta yg Allah redhai?
“Cinta yg Allah redha adlh cinta yg di semai semata-mata untk mendekatkan diri kepada Allah, dlm rangka melakukan ketaatan padaNya, iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya! Cinta ni adlh cinta yg bermanfaat. Dengan cinta ini, mata dan hatinyaakan terpelihara. Oleh itu, orang yg bercinta sebegini, Allah akan PUJI, jg manusia akan puji!” (Ibn Qayyim)
Lihat?Cuba highlightkan ayat:
“Iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya!”
Cinta sebeginilah yg Allah redha!
Cinta sebelum nikah?Bermula dgn crush-crush, kemudian luahkan, and couple, dan akhirnya zina. ADAKAH ALLAH REDHA?
Sebab tu, kita kena nilai dan tengok balik hati kita. Kita ni dah layak ke nak bercinta?Sekolahpun tak habis lagi! Komfem time kau masuk universiti, kita akan jumpa orang lain, pastu minat orang tu pulak. Sampai bila tak ke sudah!
Boleh ke ada crush?


KALAU KITA SUKA SESEORANG, NAK BUAT APA?
Bila kita dah suka seseorang misalnya, apa kita nak buat? Nak couple? Nabi saw bersabda:
“Tidak ada yg lagi patut bagi dua orang yg saling mencintai selain dari berkahwin!” (HR Ibn Majah)
So, kalau kita rasa yg kita ni tak layak lagi nak kahwin, jangan buang masa fikir pasal crush, suka dia ni, suka dia tu, entah berapa kali tukar orang. Apakah?
Kalau rasa dah sedia nak kahwin, baru cari orang. Tu pun, gunalah orang tengah. Kalau ada kakak, suruh kakak risikkan. Kalau ada orang yg dah kahwin boleh tolong kita untk risikkan, suruh dia tolong. Simple je. Berapa banyak orang yg tak fikir pasal cinta sangat time belajar lantaran sibuk dgn dakwah dan tarbiah, tapi boleh je kahwin. Anak ramai pulak tu. Bahagia gila…
Kalau kau just nak suka-suka, bak kata orang cinta monyet, ketahuilah bahawa kau dah termasuk dlm perangkap tipu daya syaitan.
Bila kita mula terdetik untk suka seseorang secara tiba-tiba, apa yg perlu dia lakukan ialah usaha sedaya upaya dgn segala kemampuannya untk MELUPAKANNYA, jika dia sedar bahawa cintanya itu hanyalah cinta monyet, dan langsung tiada jalan dan seakan-akan agak mustahil untk berkahwin(bab macamana nak kahwin dgn beradab dan mengikut syarak, saya akan hurai pd masa yg lain). Contohnya, cinta time sekolah, dan Universiti misalnya. Maka, Ibn Qayyim suruh lupakan sahaja cinta itu!!
Kalaupun kita suka dia, jangan sesekali meluahkan perasaan itu! Bak kata Ibn Qayyim,orang yg meluahkan perasaan cintanya kepada seseorang, padahal belum tiba masa nak kahwin, maka, orang tu telah menganiayai orang yg dia cintai itu! Dan penganiayaan ni adlh sangat kejam, lebih kejam dari penganiayaan keapda harta.
Tiada jalan lain, melainkan, usaha untk lupakan. Bukan membiarkan ia tersemat dlm hati, pendam lama-lama.
Hadis yg kata :“Sesiapa yg bercinta, dan menahan dirinya untk tak melakukan perbuatan terlarang dan menyembunyikan cintanya itu lalu dia mati, maka dia termasuk sebaga syahid”, adlh hadis palsu.
Ibn Qayyim berkata, orang yg Allah redha adlh orang yg lupakan orang yg dia cintai, lantas mengutamakan cinta Allah dan memburu redhaNya.
Boleh ke ada crush?



NASIHAT ULAMA’ BERKENAAN ISU CRUSH DAN CINTA SEBELUM NIKAH
Jom kita tengok, apa yg ulama’-ulama’ pesan bab-bab cinta sebelum nikah ni. Hayati dgn mata hati, check diri kita, muhasabah, dan istighfarlah.
PERTAMA:
Jami’ bin Mahuih bertanya:
“Apakah orang yg bercinta buta itu dosa?”
Lalu Said bin Almusayyab, mufti madinah di zaman itu menjawab:
“Ianya tercela...”
Lepas tu Said berkata:
“Demi Allah, tak pernah seorangpun bertanya kepadaku tentang hali ini. Jika seseorang bertanya kepadaku tentang hal ini, jawapanku hanyalah seperti tadi…”
KEDUA:
Imam Alghazali cakap:
“Aku dapati, dlm bercinta, terdapat banyak dosa besar…”
Kenapa?Bayangkan, mula dgn crush, kita dah tak dpt tundukkan pandangan, stalk, usha, fikir pasal dia, bayangkan dia dan lain-lain. Bukankah itu semua dosa?!
KETIGA:
“Orang yg mencintai sesuatu selain Allah(mencintai wanita/lelaki), mahu tak mahu, cinta itu akan menyeksanya…”(Ibn Qayyim)
“Kehinaan akan menimpa para pencinta. Akan tetapi, kerana dia sedang mabuk cinta, dia tak merasakan yg kehinaan sedang menimpanya. Hatinya seperti burung yg berada di dlm genggaman anak kecil yg mempermainkannya sesuka hatinya. Maka, kehidupan orang yg bercinta adlh seperti kehidupan seorang tawanan perang….”(Ibn Qayyim)
“Apabila seseroang itu mula mencintai, maka, dia akan sibuk memikirkan orang yg dia cintai sehingga dia kurang fikir tentang agama dan dunianya…”(Ibn Qayyim)
“Bencana dunia akan lebih cepat menimpa para pencinta wanita/lelaki seperti cepatnya api membakar kayu kering. Kerana, tiap kali hati DEKAT dgn orang yg di cintai, maka dia akan semakin jauh dari Allah. Hati yg paling jauh dari Allah adlh hati orang yg tenggelam dlm cinta….”(Ibn Qayyim)
KEEMPAT:
Ada sekali, ada orang bawa seorang lelaki yg mati kepada Ibn Abbas. Lantas ibn Abbas tanya:
“Kenapa laki ni mati?”
Maka orang ramai menjawab:
“Dia mati kerana terlalu fikir pasal cinta…”
Maka Ibn Abbas berkata:
“Semenjak dari peristiwa itu, tiap hari aku memohon perlindungan kepada Allah dari terjebak dgn penyakit cinta ini….”
Seorang penyair menyebut:
“Hidup orang yg bercinta,Permulaannya hatinya seakan-akan ikhlas dan bersungguh-sungguh,Pertengahannya penyakit,Dan pengakhirannya adlh kematian hati, dan jasad….”
****
Saya harap, dgn kata-kata ulama’ ni, kita dpt jelas, bahawa betapa bahayanya jika kta sering melayan crush-crush, dan langsung tiada usaha untk lupakannya!
BEZA REMAJA/PEMUDA DAHULU DAN SEKARANG
Kenapa umat islam dulu hebat dan berjaya menguasai dunia?Kenapa umat islam kini teruk dan seakan-akan di hina? Semuanya bergantung pd “Apakah agenda dan kesibukan pemuda” di zaman itu.
Suatu hari, ketika tentera kafir nak serang kerajaan islam, mereka menghantar perisik untk check bagaimana keadaan umat islam time tu. So, perisik tu pergi ke Negara islam tersebut, dan dia ternampak seorang PEMUDA sedang menagis!
Lalu, perisik tu pun tanya:
“Kenapa kau nangis wahai pemuda?”
Lalu pemuda tu jawab:
“Aku nangis kerana tak dpt turut serta dlm peperangan..Aku nak mati syahid!!”
Bila perisik tu dengar jawapan pemuda tu, dia terus cancelkan hasratnya untk menyerang islam. Kerana, kesibukan, kerisauan, agenda dan cara fikir pemuda ketika itu adlh tentang dakwah, tarbiah, jihad dan agama!
Namun,berlalu masa, sekali lagi tentera kafir berhasrat untk menyerang kerajaan islam. Juga, mereka menghantar perisik untk check bagaimana keadaan orang islam ketika itu. So, perisik tu pergi ke Negara islam tersebut, dan dia ternampak seorang PEMUDA sedang menagis!
Lalu, perisik tu pun tanya:
“Kenapa kau nangis wahai pemuda?”
Lalu pemuda tu jawab:
“Aku menangis kerana aku baru putus cinta dgn perempuan yg aku cintai!!”
Bila perisik tu dengar jawapan pemuda tu, terus dia arahkan tentera kafir tu untk menyerang islam, kerana kesibukan, kerisauan, agenda dan cara fikir pemuda ketika itu adlh tentang cinta, dunia, hiburan dan yg sama waktu dengannya.
Akhirnya, islam kalah!!!
Lihatlah kisah-kisah pemuda yg hebat-hebat, yg menggegarkan dunia. Lihatlah! Adakah mereka sibuk dgn cinta, crush bagai? Muhammad Alfateh, bebaskan kostantinople time 21 tahun, usamah Zaid, mengetuai tentera menentang rom pd usia lebih kurang 18 tahun, Hasan Albanna, menubuhkan ikhwan muslimin pd usia 22. Banyak lagi kisah-kisah legend tentang pemuda zaman dulu!
Bandingkan dgn diri kita?Apakah yg berada dlm kepala otak dan fikiran kita?Adakah kita menangis sebab cinta, adakah hati kita masih ada masa untk meletakkan ruang cinta pd crush, sedangkan umat tengah derita, maksiat berluasa, islam di hina dan di perkotak-katikan?Adakah islam akan bangkit dgn pemuda yg masih ada masa untk bercinta macam kita?
Apakah yg nabi dan sahabat akan rasa bila mereka tahu yg kita masih lagi ada ruang untk memikirkan tentang cinta, sedang umat sedang nazak?
Muhasabahlah. Menangislah. Berubahlah.
Semoga, semoga Allah yg maha mulia, menjadikan kita termasuk dlm golongan orang yg mencintainya, dan memburu keredhaanNya, berbanding menuruti hawa nafsu yg menghancurkan kita. Amin ya rabb.
Wallahua’lam.
Sumber : Tarbiah Sentap

source : http://hatikeringg.blogspot.com, http://viva.co.id, http://bbc.co.uk

0 Response to "Boleh ke ada crush?"

Post a Comment

Contact

Name

Email *

Message *