This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

TERKINI !! Sah Milik Boeing 777 !

TERKINI !! Sah Milik Boeing 777 !
‪#‎mh370‬ “Berdasarkan nombor siri pd komponen itu, mengesahkan serpihan itu adlh daripada pesawat Boeing 777. Maklumat ni daripada Penerbangan Malaysia. Mereka sudah beritahu saya." - Datuk Abdul Aziz Kaprawi

Kuala Lumpur: Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengesahkan serpihan flaperon yg ditemui Pulau Reunion, Rabu lalu, ialah komponen pesawat Boeing 777 yg secara tak langsung meningkatkan kemungkinan mengesahkan ia adlh milik pesawat penerbangan MH370.

“Berdasarkan nombor siri pd komponen itu, mengesahkan serpihan itu adlh daripada pesawat Boeing 777. Maklumat ni daripada Penerbangan Malaysia. Mereka sudah beritahu saya.

"Saya percaya kita bergerak hampir menyelesaikan misteri MH370. Ini boleh menjadi bukti meyakinkan bahawa MH370 terhempas di Lautan Hindi,” katanya di sini, hari ini.

Hanya satu pesawat Boeing 777 dilaporkan terhempas di Hemisfera Selatan iaitu MH370 yg hilang pd 8 Mac 2014 selepas berlepas dari Kuala Lumpur untk ke Beijing, China.

Komponen sayap / flaperon sepanjang dua meter yg ditemui di pulau milik Perancis, Reunion, itu tercatat nombor 657-BB. Ia dihantar ke Perancis malam tadi untk siasatan.

Kenyataan Abdul Aziz itu adlh kenyataan rasmi pertama mengesahkan komponen berkenaan milik pesawat Boeing 777 dan ia menjadi langkah pertama untk mengenal pasti pesawat mana.

Menurut Abdul Aziz, pengesahan paling muktamad perlu datang daripada Boeing dan pengubahsuaian oleh syarikat itu terhadap flaperon berkenaan memudahkan ia dikenal pasti.

"Ada beberapa ubah suai pd bahagian dalaman flaperon itu. Hanya Boeing boleh mengesahkan (flaperon itu datang dari MH370). Ubah suai itu dilakukan Boeing.

“Hanya selepas mereka mengesahkan bahagian dalaman flaperon yg mereka ubah suai itu, barulah kita boleh yakin ia dari MH370,” katanya.

Abdul Aziz berkata pasukan penyiasat Malaysia sudah berada Paris dan akan ke Toulouse untk membantu memeriksa serpihan.

Menurutnya, satu lagi pasukan Malaysia dlm perjalanan ke Reunion untk memeriksa beg bagasi yg ditemui semalam / apa saja serpihan dan barang lain ditemui. - AFP

- See more at: http://hmetro.com.my/node/67413#sthash.ywRU9VGf.dpuf
- sumber - mabuketum

source : http://hatikeringg.blogspot.com, http://fb.com, http://tribunnews.com

0 Response to "TERKINI !! Sah Milik Boeing 777 ! "

Post a Comment

Contact

Name

Email *

Message *