This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

Perlukah Bagi Bonus pada Penjawat Awam Tiap Kali Bentang Bajet? - Info

Perlukah Bagi Bonus pada Penjawat Awam Tiap Kali Bentang Bajet?
hotsvidz.blogspot.com - Bonus untk penjawat awam diumumkan dlm belanjawan tahunan Malaysia saban tahun diakui memberikan kegembiraan kepada sektor awam, tapi ianya membangkitkan persoalan: adakah pemberian bonus itu akan menjadikan keseluruhan penjawat awam melaksanakan tugas mereka dgn baik?
Menurut pakar ekonomi dari Universiti Malaya, Dr Lee Hwok Aun, Malaysia membelanjakan 33% daripada belanjawan tahunan untk pembangunan sejak sedekad lalu. Namun, hari ni perbelanjaan pembangunan hanya meliputi sekitar 20%.
Angka 33% itu antara 1998 hingga 2001, sebelum jatuh ke 26% antara 2002 hingga 2008 dan terus menurun ke 23% (2009-2011), dan akhirnya, 20% (2012-2014).
"Perbelanjaan bagi pembangunan infrastruktur, kapasiti dan teknologi semakin berkurang saban tahun."
Sejak tiga tahun lalu, jumlah yg dibelanjakan bagi gaji penjawat awam menyamai dan kemudiannya menjadi lebih besar daripada jumlah untk pembangunan, menurut dokumen Kementerian Kewangan.
Pada 2012, sejumlah RM52 bilion digunakan untk gaji dan pendapatan penjawat awam / "emolumen" berbanding RM51.2 bilion yg digunakan untk pembangunan. Jumlahnya membentuk 22% daripada keseluruhan belanjawan negara.
Pada 2013, sejumlah RM58.6 bilion / 23% daripada belanjawan digunakan untk membayar emolumen dgn hanya RM49.7 bilion digunakan bagi pembangunan.
Jumlah emolumen kemudiannya meningkat kepada RM63.6 bilion pd 2014 / 24% daripada belanjawan. Manakala dana pembangunan mengecil kepada hanya RM46.5 bilion.
Pertambahan pembayaran emolumen dilihat selari dgn pertambahan jumlah penjawat dlm sektor awam.
Menurut Lee, daripada 2004 hingga 2012, kadar penggajian pekerja sektor awam daripada keseluruhan penggajian, meningkat daripada 9.86% kepada 10.04%.
"Sepanjang tempoh ini, anggaran saya menunjukkan kadar penggajian penjawat awam meningkat sebanyak 3.31% tiap tahun, manakala kadar penggajian sektor swasta meningkat 3.05% setahun.
Perkhidmatan awam / swasta?
Jadi, adakah jumlah tenaga kerja sudah menjadi terlebih besar?
Lee berkata memandangkan Malaysia mahu menjadi negara dgn ekonomi berasaskan perkhidmatan, ia memerlukan jumlah penjawat awam yg besar.
Malah ada yg berpendapat jumlah penjawat awam di Malaysia tak terlalu besar.
Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, anggapan sedemikian timbul disebabkan cara negara ni mendefinasikan kakitangan kerajaannya.
Menjelang pembentangan Bajet 2015 pd 10 Oktober ini, jaminan yg akan diberi perdana menteri yg jg menteri kewangan dlm usaha meningkatkan kecekapan kerajaan akan menentukan sama ada beliau akan mendapat lebih cemuhan / sorakan apabila mengumumkan bonus untk penjawat awam. - 6 Oktober, 2014. - Malaysian Insider

other source : http://tribunnews.com, http://bradonews.blogspot.com, http://viva.co.id

0 Response to "Perlukah Bagi Bonus pada Penjawat Awam Tiap Kali Bentang Bajet? - Info"

Post a Comment

Contact

Name

Email *

Message *